Rabu, 14 Juli 2010

cinta asyura dan karbala

Cinta Asyura dan Karbala

Cinta Asyura dan KarbalaOleh HELMI MOHD. FOAD
(WARTAWAN UTUSAN)


PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan MaalHijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.


Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.


Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secaraberlebihan-lebihan tahun baru Masihi baru-baru ini termasuk dicemariperbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.


Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.
Kita alunkan nasyid-nasyid seperti [i]Talaal Badru Alaina[/i] bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.


Hijrahnya Rasulullah, menandakan tamatnya segala penindasan ke atas golongan [i]mustadafin[/i](tertindas dan lemah) lantas membuka era baru perkembangan Islam -darinya juga bermula sebuah negara yang berlandas pimpinan Ilahiah.


Namun bulan Muharam juga mengingatkan kita peristiwa besar yangterjadi dalam sejarah tamadun manusia selepas Rasulullah iaitu 10Muharram 61 Hijrah yang menyaksikan cucu kesayangan baginda, Hussin binAli bersama rombongannya terbunuh di Karbala.


Jika Maal Hijrah, umat Islam bergembira, peristiwa 10 Muharam puladisaduri dengan kesedihan. Tetapi apabila disebut kita sambut 10Muharam dengan ingatan pada peristiwa Karbala, ia sering kali dianggapsuatu yang asing, sesat lagi menyesatkan. Benarkah begitu?

Kerana ia selama ini disambut dengan penuh emosi oleh pengikut Syiahdan Ahlul Bait tetapi tidak di sisi pengikut sunni amnya. Bagaimanapuntradisi di rantau ini yang Sunni begitu rapat dengan Asyura sebagaimanarapatnya masyarakat sebelah sini dengan ritual seperti tahlil danmarhaban yang didatangkan dari Hadratulmaut.


Semuanya dikaitkan dengan ingatan terhadap Ahlul Bait.

Bergantung kepada budaya setempat, Asyura (versi Syiah?) disambutseperti di ibu kota Teheran, Iran; Karbala di Iraq; Lucknow, India danNabatiye, selatan Lebanon, malah tidak ketinggalan di serata tempattermasuk Malaysia.


Hari mereka berdukacita dari 1 Muharam sampailah kepada 10 Muharam dan ia berlanjutan selama 40 hari perkabungan (Arbaen).


Ya, semua itu tiada dalam al-Quran dan Hadis nabi secara berterusterang sebagaimana sambutan Maal Hijrah. Tetapi peristiwa penjarahankejam terhadap Hussin, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya olehtentera Umar bin Saad di Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat.

Ia tidak seharusnya menjadi milik Syiah semata-mata tetapi ia milikseluruh umat yang cintakan perdamaian dan kebencian pada kezaliman.Kerana Ahlul Bait adalah warisan tinggalan Rasulullah buat peganganseluruh umat selepas al-Quran.


Menyambut 10 Muharam dengan mengingati Hussin bukan bererti kitasemua menjadi Syiah atau Rafidhah (sesat). Tetapi mengingatikesyahidannya di Karbala adalah sebahagian rasa cinta dan sayang padabelahan jiwa Rasulullah itu.
Sedih


Sebagaimana yang diulang sebut dalam tahlil kita, [i]''Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya" [/i](al-Ahzab:33).


Justeru wajarkah manusia-manusia yang dibersihkan oleh Allah itudibunuh kejam. Layakkah insan yang dikasihi Nabi diperlakukan sebegiturupa. Umat apakah kami ini, ya Allah?


Jadi wajarkah kita tidak mempunyai secebis rasa sedih meskipun tidak beremosi bila mengenangkan sejarah hitam itu.


Ketika Hussin menyaksikan dengan matanya, Ali Akbar dipanah dalamkeadaan tekaknya kering kehausan. Tidak cukup itu, bayi kecil, AliAsghar yang merengek-rengek perlukan air tetapi panah pula yangdilayang ke tubuhnya.


Bagi mereka yang begitu rapat dengan sejarah itu, emosinyamembuak-buak, linangan air mata tidak dapat dibendung.

Kadang kalakerana faktor budaya setempat, ada yang terdorong melukakan badanmereka, mungkin ingin merasai penderitaan Hussin dan keluarganya.


Apa peliknya jika Presiden, Gamal Abdul Naser mati dibunuh KhalidIslamboli, ada juga orang Mesir meratap hingga membunuh diri, inikancucu Nabi yang dibunuh. Jadi tidak mustahil ada yang bertindak terlaluemosi dan meluahkan segala-galanya.


Namun wajarkah mereka yang dikatakan sebagai pengamal bidaah itudihapuskan dan dihalalkan darah mereka dengan aksi letupan bomsebagaimana sering terjadi di Pakistan dan juga Iraq apabila golonganSyiah beramai-ramai keluar menyambut Asyura secara terbuka selepaspuluhan tahun dihalang rejim Saddam Hussein.


Seharusnya umat Islam kini tidak lagi dibebankan denganpertelingkahan sejarah lama. Ketika ada yang marah kerana sambutanAsyura, sebenarnya Karbala moden sedang berlaku dan Asyura terusmenangis.

Bumi Gaza dibedil, dijarah sejak 27 Disember lalu. Serangan daratyang telah dimulakan oleh tentera Zionis tidak mengenal kanak-kanak,bayi dan wanita. Sasarannya membabi buta - masjid, hospital dan pasar.


Tentera rejim itu tiada bezanya dengan kejamnya Umar bin Saad atau Syamir bin Dzi Al-Jausyan ketika di Karbala.


Keadaannya juga sama, jika tiada seorang pun penduduk Kufah yangberani melawan kezaliman tentera Umayyah untuk menyelamatkan Hussinyang sepatutnya mereka baiah sebagai pemimpin dan ikutan.

Begitu juga Gaza, tiada penguasa atau negara yang mampu melawanIsrael. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak mampu berbuat apa-apameskipun Palestin adalah isu yang melibatkan sama ada Sunni atau Syiah.


Kita hanya mampu berdemonstrasi, melaung-laungkan ''Jahanam-jahanamIsrael, Hidup-Hidup Islam' atau Hancur Amerika! dan setidak-tidaknyahulurkan bantuan kemanusiaan. Itu semua sekadar tindakan [i]ad-hoc[/i] untuk Palestin.


Selepas itu, masing-masing pulang ke rumah boleh bersuka ria danbergelak ketawa di bulan Muharam ini. Tetapi Asyura membuatkanpenderitaan Palestin terasa dekat di hati.


Ahli sejarah al-Makrizi dalam [i]al-Khuthath[/i] sebagaimana yangdipetik dari tulisan Jalaluddin Rakhmat menyebut; ''Dinasti Fatimiah diMesir menjadikan Asyura sebagai hari dukacita (mengenang kematianHussin di Karbala)… Ketika Bani Ayub merebut Mesir, mereka menjadikanhari itu hari gembira… Melanjutkan tradisi orang Syam yang dirintisoleh Al-Hajjaj pada zaman Abdul Malik bin Marwan.''

Untuk catatan sepanjang ratusan tahun Hijrah, mimbar masjid di zamanUmaiyah disuruh mengutuk Imam Ali sehinggalah ia ditamatkan olehKhalifah Umar al-Abdul Aziz yang mengubahnya kepada kalimah''Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu kepada keadilan dan ihsan.''

Jalaluddin dalam bukunya, [i]Meraih Cinta Ilahi,Pencerahan Sufistik [/i]mengungkapkan setiap kali Asyura, pengikut Ali di Karbala merekonstruksi peristiwa itu dan merintih penuh nestapa.


Mereka berteriak, ''Setiap hari adalah Asyura dan setiap bumi adalahKarbala. Kita baca ungkapan itu sebagai ''Setiap hari adalah perjuangandan di mana saja kita berpijak itulah bumi perjuangan," Selawat…

Kezaliman


Lantas Asyura bukan sekadar menjadi lambang penentangan kezalimanpemerintah dalam dinasti Umaiyah. Memandangkan Khilafah ketika itumendokong aliran sunnah maka ada pihak yang menganggap sambutan Asyuraadalah lambang penentangan kepada sunni.


Namun sebenarnya Asyura adalah sumbu penolakan kepada sebarang kekejaman dan penindasan ke atas [i]mustadafin[/i].Gelombang semangat Asyura jugalah satu ketika dulu menumbangkanSyahansyah Reza Pahlawi atau Shah Iran oleh pendukung garisan ImamKhomeini, meskipun raja segala raja itu adalah Syiah.


Sambutan Asyura tahun demi tahun itulah menyalakan semangatpenentangan ke atas tentera Israel oleh Hizbullah, pimpinan HassanNasrallah yang mengisytiharkan kemenangan dalam perang 34 hari denganrejim itu pada 2006.


Dan Hizbullah secara jelas mengiktiraf kepimpinan wilayah al-faqih di Iran.


Dengan semangat menentang kezaliman itulah juga Presiden George Bushdimalukan oleh wartawan, Muntazer al-Zaidi, seorang Syiah denganlontaran jamrah 'kasut but' saiz 10 itu.


Oleh itu, apabila membaca sejarah Karbala, ia sebenarnya terlaludekat dengan apa yang telah berlaku sekarang dan mengajak kita berfikirbagaimana harus dilakukan untuk merubah nasib umat.


Asyura adalah menyatakan rasa sedih dan meluahkan kecintaan mendalampada Hussin dan ahli keluarganya, sebagaimana Nabi pernah menyatakanrasa sedemikian rupa pada cucunya itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar