Rabu, 14 Juli 2010

tasawuf syiah

Oleh : Abu Humaira ( DERMAWAR SALAFI )

http://bahaya-sufi.blogspot.com/2009/05/tasawwuf-siri-1-satu-aliran-pemikiran.html

Assalamualaikum kepada para pembaca yang budiman lagi dihormati sekalian. Tujuan tajuk saya seperti yang diatas merupakan satu penilitian dan kupasan tentang aliran ini. Memang di Malaysia sudah ada yang mengenalinya dan masih ada yang belum mengetahui tentang aliran ini. Begitu juga bila disebutkan dengan berbagai perkataan atau istilah.. seperti muktazilah, syiah, khawarij, asyairah, dan berbagai-bagai lagi. Bahkan kini timbul di berbagai ceruk pelusuk sekitar Malaysia dan Negara seantero dengannya. Apabila istilah WAHABI diberikan kepada golongan yang mengharamkan kenduri tahlil, talqin di kuburan , dan berbagai lagi bidaah yang menyesatkan. Maka timbullah berbagai tuduhan yang tidak benar malah tiada asal usulnya!.

Ceteknya akal para ilmuan kalam ini menyebarkan berbagai dakwah yang palsu malahan tiada adal usulnya dari Rasulullah. Seperti bertawassul dikuburan. Hal ini hangat dibincangkan suatu ketika dahulu dan masih lagi dibincangkan hingga kini. Apa yang dibincangkan adalah bagaimana hendak membetulkan pemikiran mereka yang telah sesat ini (semoga Allah memberi hidayah kepada mereka).

PERSOALAN ZIKIR ALLAH-ALLAH YANG MASIH DITEGAKKAN OLEH TASAWWUF

Disini saya bawakan hujah dari seorang pengikut tarikat :

Rujuk : http://www.naqsyabands.blogspot.com

[laman ini masih wujud pada 4/4/2009 ketika artikel ini di ambil]


Secara umumnya diketahui bahawa zikir bermakna mengingati atau kata lainya berlawanan dengan lupa.Zikir yang dimaksudkan disini adalah bermakna mengingati atau menyebut nama Rabbul Jalil.Tidak kira sama ada ma’thur @ pun tidak.Disini didatang dall bagi kesahihan berzikir dengan isim mufrad ((الله,الله,الله

(( ان الصلاة تنهى عن الفخشاء والمنكر # ولذكرالله اكبر ولذكرالله أكبر# والله يعلم ما تصنعون )) سورة العنكبوت :45


Terdapat juga ayat didalam Al-Quran Al Kareem yang mendalilkan tentang zikir ismu mufrad:


(( قل الله ثم ذرهم في خوضهم يلعبون )) سورة الأنعام : 91

(( واذكر اسم ربك وتبتل إليه تبتيلا )) سورة المزمل : 8

(( يأيها الذين ءامنو أذكروا الله ذكرا كثيرا )) سورة الأحزاب :42

(( واذكراسم ربك بكرة واصيلا )) سورة الإنسان : 25


Disini saya datangkan juga dilalah tentang keharusan berzikir dengan ismu mufrad dari As Sunah :


عن أنس ان النبي صلى الله عليه وسلم قال : (( لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الآرض الله الله ))


Maksudnya : Diriwayatkan daripada Anas Radiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bahawa tidak akan berlakunya hari kebangkitan yakni hari kiamat sehingga mana tidak disebut (kedengaran) dibumi kalimah Allah Allah


Hadis: Musnad Imam Ahmad,jilid 3/Sohih Muslim jilid 1 m/s 131 /Soheh Ibnu Hibban jilid 15,m/s 263

Didalam riwayat yang lain menyatakan :


(( لا تقوم الساعة على احد يقول الله الله)) قال (( كان سلمان في عصابة يذكرون الله فمر النبي صلى الله عليه وسلم فكفوا, فقال ما كنتم تقولون ؟ قال نذكر الله الله. قال : إني رأيت الرحمة تنزل عليكم فأحببت ان أشارككم فيها , قال : الحمد لله الذي جعل في أمتي من أمرت ان اصبر نفسي معهم.

Maksudnya : Tidak akan berlaku hari kiamat selagi mana terdapat seseorang yang meyebut Allah,Allah.Telah berkata: (Bahawa Salman sedang berada dalam sekumpulan yang asyik menyebut-nyebut Allah,Allah.Kemudian telah lalu Baginda Sallahu “Alaihi wassalam,kmudian mereka pon pon berhenti dari berzikir Allah,Allah.Maka Baginda bersabda:Apa yang sedang kamu sebut? Seraya mereka berkata :Kami telah menyebut Allah,Allah .Bginda bersabda : Aku telah melihat telah turun rahmat kepada kamu sekalian,dan suka sekali bagi aku untuk menyertai kamu pada menyebut Allah,Allah.Kemudian baginda berkata : Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan bagi ummatku yang menyuruhku agar bersababar bersama-sama menyebut (berzikir) Allah, Allah.

Hadis : Imam Ahmad


Bersambung....

Ini merupakan jawapan saya mengenai penulisan bintang kecil tasawwuf ini.

Amat lemah apabila melihatkan bidang penulisan sekarang kurang memberi tumpuan kepada peletakan taraf hadis seperti yang dilakukan oleh saudara di atas ini.

Firman Allah S.W.T.:

"......dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan. sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat''. [surah albaqarah ayat 198].

Ayat di atas memerintahkan kita berzikir kepada Allah sebagai mana ditunjukkan kepada

kita.Jadi siapakah yang menunujukkan kepada kita zikir itu? Sudah tentu jawapannya Rasulullah S.A.W. berdasarkan hadis yang telah dahulu sebutnya. Jadi Bagaimakah menyebut ‘Allah’ seperti yang diperintahkan ayat di atas? Adakah sebagaimana yang disebut oleh Orang-orang Sufi dengan berzikir:.... الله،الله،الله atau seperti yang pernah disebut dan di amalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Sahabat? Jawapannya tentu Rasulullah S.A.W. bukan...

Kenapa Zikir Allah.Allah Orang Sufi Batil?

1. Tiada contoh dari Rasulullah S.A.W.

  • Imam An-Nawawi telah mengarang sebuah Kitab bernama Al-Azkar (Zikir Zikir) yang menghimpunkan segala zikir-zikir Rasulullah dan tiada satu pun zikir

Allah..Allah di dalamnya.Imam Nawawi seorang yang ‘Alim dengan

Tasauf,bagaimana tidak kerana beliau telah mengarang Bustanul ‘Arifin....

  • Imam Bukhari.Muslim.Abu Daud,Nasai. dan semua ulama’ hadis dan sohibus

sunan tidak pernah mendatangkan satu bab pun atau satu hadis pun yang

menyatakan tentang zikir Allah..Allah atau ism mufrad ini.

  • Imam Ibn Abi Dunya dan An-Nasai telah menulis ‘Amal Yaum wa Lailah yang

menghimpun hadis-hadis zikir dan doa’-doa Rasulullah S.A.W. namun tiada

dijumpa satupun fasal atau bab atau kitab tentang Zikir Ism Mufrad ini.

  • Allamah An-Nabhani dalam Riyadhul Jannah fil Azkar Al-Kitab was Sunnah

dan Sohib Hisnul Muslim Syeikh Al-Qahtani juga tiada menyebut akan zikir Ism

Mufrad.

  • Hasan Al-Banna serta pengarang-pengarang al-Ma’thurat juga tiada menyatakan

adanya zikir Ism Mufrad ini dari Rasulullah S.A.W.

2 Tiada Contoh dari Sahabat dan Salafus Soleh

3 Hadis Zikir Ism Mufrad adalah Maudhu’.

Hadis yang menyatakan Rasulullah S.A.w. mengajar Saidina Ali Zikir Ism Mufrad sebanyak Tiga Kali adalah Maudhu’ dengan ijma’ Ahlul Hadis.

4. Sabda Rasulullah S.A.W.:

من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد- رواه الشيخان

Maksudnya: Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam urusan kami ini yang bukan darinya(tiada dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah) maka ia tertolak.

[Riwayat Bukhari & Muslim. Rujuk Hadis 40 Nawawi.]

Urusan Kami dalam hadis di atas bermakna urusan ibadat mahdah dan aqidah islamiyyah dan segala perkara-perkara asas-asas agama kerana dalam hadis yang lain baginda bersabda:

أنتم أعلم بأمر دنياآم

Maksudnya: Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu. [Riwayat Imam Muslim Hadis no.2363]

Baginda juga bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya aku adalah manusia.Jika aku memerintahkan sesuatu urusan agama maka ambillah,jika aku memerintah seuatu dari penpadatku sendiri(hal dunia) maka aku adalah manusia biasa . [Riwayat Muslim Hadis no.2362]

Zikir adalah ibadat badaniyyah khususiyyah yang perlu kepada petunjuk Nabi S.A.W. bukan urusan dunia semata-mata yang hanya memerlukan garis panduan besar syara’ sahaja seperti kereta,rumah,pakaian dan sebagainya. Zikir adalah Solat,Doa’,Tasbih,Tahmid,Tahlil dan Ingatan dan Ketakwaaan kita kepada Allah. Ayat terdahulu telah menyatakan dengan terang bahawa perlunya petunjuk baginda dalam berzikir.

5. Zikir Ism Mufrad tiada Faedahnya.

Allah S.W.T. memerintahkan kita berzikir dengan perkataan yang memberi makna dan dapat

memahamkan keyakinan kita. Ism Mufrad tidak membawa makna Iman atau Islam,Kufur atau Nifaq. Yahudi dan Kristian juga menyebut Allah, tapi tidak menjadikan mereka Mukmin dan Muslim dengan menyebut Allah semata-mata tanpa . لاإله إلاالله محمد رسول

[Majmu’ Al-Fatawa Li Ibn Taimiyyah,Kitab As-Suluk.]

PERIHAL HADIS INI


عن أنس ان النبي صلى الله عليه وسلم قال : (( لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الآرض الله الله ))

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Anas Radiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bahawa tidak akan berlakunya hari kebangkitan yakni hari kiamat sehingga mana tidak disebut (kedengaran) dibumi kalimah Allah Alah

Hadis: Musnad Imam Ahmad,jilid 3/Sohih Muslim jilid 1 m/s 131 /Soheh Ibnu Hibban jilid 15,m/s 263

  • hadis ini antara yang menjadi dalil bagi puak tasawwuf ini menghalalkan zikir ALLAH ALLAH ALLAH.

PENYINGKAPAN TERHADAP SYUBHAT PEMAHAMAN HADIS INI:

  • Jika hadis ini memberi faedah adanya zikir Ism Mufrad kenapa tidak seorang pun Ahli Hadis tidak meletakkan bab dalam kitab mereka,’ zikir Ism Mufrad’ sebagai contoh.An- Nawawi juga tidak beristidlal dengan hadis ini akan adanya zikir ism mufrad dalam Syarah Muslim mahupun dalam Al-Azkar. Siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan imam-imam besar ini yang mempunyai kefahaman yang dalam tentang Al-Quran dan Al-Hadis?
  • Dalam Lafaz Ibn Abi Jaafar diriwayatkan dengan لاإله إلا الله menggantikan Allah,Allah. Jadi ini mentafsirkan lafaz ini maksudnya tidak disebut lagi dan tidak disembah lagi Allah di muka bumi ini. Ini sesuai dengan hadis yang lain yang menyatakan,tidak berlaku kiamat melainkan ke atas sejahat-jahat manusia.
  • I’rab lafaz الله الله adalah mansub kerana tikrar jadi di sinilah pematian hujjah bagi sufi dan menunjukkan kejahilan mereka yang teramat sangat dengan ilmu nahu dan saraf. Jadi ini adalah lafaz yang sudah teruruf di mulut arab apabila mereka ditimpa kesusahan atau kegembiraan mereka akan menyebut AllahaAllah.... ini bukan zikir khas seperti yang dilakukan sufi.Jadi makna hadis ini jelas, kiamat itu tidak berlaku sehinggalah tiada lagi manusia di bumi ini yang ingat dan kenal Allah walaupun dalam waktu kesusahan iaitu bertepatan dengan hadis yang lain ke atas sejahat-jahat makhluk.

SETAKAT INI SAHAJA ARTIKEL SAYA BUAT KALI INI. SIRI2 SETERUSNYA AKAN DISIARKAN DARI MASA KE SEMASA.

Dermawarsalafi [abu humaira]

Perils darul sunnah

Jumaat 3.37 pm / 15 mei 2009

BERPEGANG TEGUH KEPADA ALQURAN DAN ASSUNNAH

Tidak ada komentar:

Posting Komentar