Selasa, 03 Agustus 2010

IMAM ALI AR RIDHA

Namun, pendapat ramai tentang hari kelahiran Beliau adalah pada tahun 148 Q, iaitu tahun yang sama deng

an kewafatan Imam Sodiq as. yang juga merupakan pendapat peribadi-peribadi seperti Sheikh Mufid, Kulaini, Syahid Thabarsi, Sheikh Saduq, Ibnu Zuhrah, Mas’udi, Abul Fida’, Ibnu Asir, Ibnu Hajar, Ibnu Jauzi dan lain-lain.Dan berkenaan Kewafatan Imam pula dari pandangan ramai ulama adalah pada tahun 203Q.

Oleh demikian itu, didalam riwayat, usia Imam 55 tahun, dimana Beliau telah membesar dan mendapat pendidikan dan tarbiyah dari Ayah Mulianya Imam Musa Kazhim as. selama 25tahun dan 20tahun kemudiannya adalah imam bagi para syiahnya.20tahun itu bertepatan dengan zaman akhir pemerintahan Harun Abbasi, kemudian 3tahun pemerintahan Amin, berlangsungnya perang dan perselisihan antara Khurasan dan Baghdad selama lebih kurang 2tahun, dan akhirnya zaman pemerintahan Ma’mun.



Anak-anak Imam

Telah diriwayatkan bahawa Imam Ridha as. mempunyai 5 orang anak lelaki dan seorang perempuan, Namun Allamah Majlisi telah berkata : Riwayat paling banyak menukilkan Imam Ridha as. hanya Mempunyai seorang anak lelaki iaitu Imam Muhammad Al-Jawad as.Imam Ridha as. telah syahid di tangan Ma’mun dan jenazah sucinya dikebumikan di Tus berhadapan kubah harun di rumahnya Hamid B. Qahthabah Thayi. Namun hari ini, makam Imam Ridha as. merupakan tempat ziarah dan tumpuan semua golongan dari pelbagai pelusuk Negara.

Diiringi merpati-merpati Haram…..

Matahari, telah terbenam dan tujuh bintang berkelip dan bersinar gemerlapan, dalam dakapan bintang kelapan.

Merpati-merpati mengepakkan sayapnya terbang ke langit dimana langit itu yang kita lihat sejak bila, bunyi kepakan sayap merpati bercampur suara tangisan-tangisan azadaran yang menangisi Imam yang telah menelan anggur yang diracuni.Matahari,……Sujud kepada Yang Disembah adalah yang paling mendekatkan hamba dengan Tuhannya dimana Imam Ridha as. telah bersabda : Keadaan yang paling dekat antara seorang hamba dengan Penciptanya adalah dalam keadaan sujud, dan ini juga merupakan firman Allah swt. Didalam al-Quran yang bermaksud : Sujudlah dan Dekatkanlah dirimu.

Imam kelapan para syiah adalah Imam Ridha as. yang telah dilahirkan di kota suci Madinah.

Zaman keimamahan Imam Ridha as. paling lama adalah dimasa pemerintahan Ma’mun.Ma’mun merupakan khalifah Abbasi yang paling licik , selepas pembunuhan saudaranya Amin dan dengan merampas kuasa, dia telah menjadikan dirinya sebagai khalifah dan memegang pemerintahan. Dan dengan mengunnakan kepandaian dan kelicikan pembantunya, Fadhl B. Sahal, dia telah berjaya menguatkan kekuasaannya.

Antara ciri-ciri politik Ma’mun adalah : menarik minat dan mengambil hati orang Iran , menjatuhkan dan menghancurkan kebangkitan Alawi, mengatur undang-undang hukumnya sendiri. Ma’mun telah mengundang Imam Ridha as. sebagai penggantinya, tetapi Imam Ridha as. menolak untuk menerimanya. Walau bagaimanapun, Imam kemudiannya telah menerimanya dengan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan. Selepas upacara perlantikan dengan paksaan, Imam dengan kehadiran rakyat telah bersabda :

Kami Ahlul Bait, dikeranakan Rasulullah saww. mempunyai hak ke atas kamu, kamu semua juga mempunyai hak ke atas kami ketika mana kamu menunaikan hak kami, maka adalah wajib bagi kami untuk menjaga hak-hak kamu semua. (Biharul Anwar, jilid 146).Walaupun, undangan Ma’mun adalah undangan dengan paksaan.Namun masalah menunaikan tangungjawab Imam adalah dengan usaha beliau sendiri dan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan Imam as., dimana tidak akan masuk campur dalam urusan pentadbiran Ma’mun telah meneutralkan pentadbiran kerajaan Ma’mun.Dan telah sampai tahap dimana keadaan pentadbiran Ma’mun semakin tenat dan Imam Ridha as. kini merupakan sesuatu yang paling berbahaya bagi kerajaannya. Maka bagi mengekalkan kekuasaannya, dia tidak melihat jalan lain selain dengan kesyahidan Imam as.Maka, berakhirlah Imamah Imam Ridha as. dengan kesyahidannya pada tanggal 29 safar tahun 203 Q, dan seorang lagi Imam as. kita yang syahid ditangan kerajaan Abbasi.





Antara kata-kata mutiara Imam Ali Ridha as

1: “Barang siapa yang berjumpe dengan seorang muslim yang fakir,kemudian tidak memperlakukan sama dengan muslim yang kaya dalam ucapan salamnya,maka ketika dia berjumpe dengan ALLAH di hari kiamat kelak ALLAH akan murka ke atasnya”

2: “Orang yang kedekut itu tidak akan pernah merasakan ketenangan.Orang yang hasad tidak akan pernah merasakan kenikmatan. Para raja tidak akan menepati janji, Manakala orang yang pembohong tidak akan mempunyai harga diri”

3: “Temanilah teman rapatmu dengan merendah diri (tawaduk) dan berhati-hatilah terhadap musuhmu serta bergaullah sesama manusia secara keseluruhan dengan senyuman”

4: “Kalau umat manusia tahu akan kata-kata kami,sudah pasti mereka mengikuti kami”

5: “Imam itu ada empat perkara,Tawakal kepada ALLAH,Ridha dengan ketentuanNya,pasrah kepadaNya dan menyerahkan segala urusan hanya kepadaNya”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar